Login atau Daftar Bebas!
Hai Tamu
Pilih Bahasa: my En
Who is online
US 38.107.x.x
 
User Block
Hai Tamu
IP: 38.107.179.241

Username
Password
Selamat Datang!


 
 
BEIJING: Hubungan baik di antara China dengan Malaysia membawa kepada tercapainya penyelesaian terhadap masalah eksport sarang burung walit ke China, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. 

Bercakap kepada media Malaysia dalam lawatannya ke sini, beliau berkata pihaknya mengadakan perbincangan dengan Menteri Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (AQSIQ), Zhi Shuping, yang memberi kerjasama baik dan pandangan positif menyelesaikan masaalah tersebut.

Noh menghargai kerjasama jabatan tersebut yang mencerminkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara.
Beliau akan membawa isu tersebut ke Kabinet selepas masalah teknikal pengeksportan diselesaikan dan seterusnya Malaysia dan China dapat memeterai perjanjian eksport sarang burung walit. 

Noh berkata, tidak ada perkara besar lagi dalam isu pengeksportan selepas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berbincang dan menyelesaikan masalah teknikal. 

Katanya, beliau juga berbincang mengenai eksport nangka dan nanas dengan jabatan tersebut kerana pihak kementerian percaya potensi pasarannya amat besar di China. 

"Malaysia belum mengeksport buah nangka dan nanas ke China kerana draf protokol pengeksportan buah-buah tersebut masih belum disiapkan," katanya. 
Mengenai eksport durian beku, Noh berkata terdapat lima kilang proses durian sedang menunggu kelulusan daripada AQSIQ untuk mengeksport buah durian ke negeri China. 

Beliau berkata, pengekportan durian ke China akan meningkat jika lima kilang tersebut mendapat kelulusan yang dikehendaki. 

"Buat masa sekarang terdapat dua kilang proses durian yang mendapat kelulusan mengeksport durian ke negeri China," katanya. - BERNAMA
Komentar (0)
17/05/2012 16:28 oleh admin
BEIJING: Malaysia expects to resolve the protocol part in the coming days to enable the resumption of bird's nest exports to China, said Agriculture and Agro-Based Industries Minister Datuk Seri Noh Omar.

"The technical part of the protocol should be resolved in a week or two.

"After that, I will present it to the Cabinet and eventually have it signed between Malaysia and China," Noh Omar said after meeting officials from China's General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine on Tuesday.

He said Veterinary Services director-general Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin was in China to settle the technicalities for the resumption of exports.

He said Dr Abd Aziz would clarify any enquries from officials so that both parties could break the deadlock and lift the ban. 

-TheStar
Komentar (0)
16/05/2012 03:38 oleh admin
Komentar (0)
16/05/2012 03:35 oleh admin
 







 
Komentar (0)
16/05/2012 03:27 oleh admin
Share This On Facebook
« Baca berita lainnya...